Monday, January 16, 2012

Pamitan...

Hari ni hari terakhir aku bersama YGMB, suatu memori yang tidak mungkin boleh aku lupakan sewenangnya dalam hidup aku. Suatu perubahan dan pengalaman berharga yang ditimba telah merubah corak kehidupan aku selama ini. Di sini juga aku belajar mengenal peribadi beberapa insan..insan yang aku suka, insan yang aku hormati dan ada juga insan yang menjengkelkan dimata aku. Tapi, itu kan variasi kehidupan.

Di sini jugak aku belajar bahawa pengaruh, pangkat dan wang ringgit boleh merubah pendirian seseorang. Hayut dalam janji-janji palsu itu perkara biasa.